Bingkisan Hati
Ahlan Wasahlan

Status:Aku hanyalah pengemis cinta Ilahi dan pendamba syahid abadi
♥ Jika kau pandang setiap takdir itu dengan pandangan akhirat, maka akan damailah hatimu menerima setiap takdir yang terlakar


Entries About Linkies


Tinggalkan Jejak

Silent Reader[s]


Twitter Status

Syukran

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   


Dayus Part 2

bismillahirrahmanirrahim. ok, sahabat. kita sambung topik kita hari tu ok. kalau anda terlepas topik yang hari tu, klik SINI

menurut para ulama', tafsirannya seperti berikut : 

Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150) 

kata Imam An-Nuhas, ertinya : 

cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

dalam kitab Faidhul Qadir pula disebut bahawa. ertinya :

Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya"  ( Faidhul Qadir, 3/327 ) 

Imam Ibn Qayyim berkata, ertinya :  

Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali. 

nak dijadikan cerita, dayus ini dosa besar, tahu tak? dalam satu athar disebutkan, ertinya : 

Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 ) 

even fatwa ini tak digunakan secara meluas, but para ulama' sangat tegas dalam bab-bab dayus ni. dalam takrifan ulama' lagi, ertinya : 

Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 ) 

menurut Imam Al-Azhabi mengenai dayus, ertinya : 

"Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 ) 

alhamdulillah setelah panjang yang tak berapa lebar saya jelaskan, semoga bermanfaat biarpun sedikit. maaf jika ada kesalahan. saya hanyalah manusia biasa yang mengharapkan diri terus istiqamah menyampaikan risalah ISLAM ^^. S.P.R.E.A.D D.A.K.W.A.H :)

wallahu'alam




Older Post |