Bingkisan Hati
Ahlan Wasahlan

Status:Aku hanyalah pengemis cinta Ilahi dan pendamba syahid abadi
♥ Jika kau pandang setiap takdir itu dengan pandangan akhirat, maka akan damailah hatimu menerima setiap takdir yang terlakar


Entries About Linkies


Tinggalkan Jejak

Silent Reader[s]


Twitter Status

Syukran

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   


Dayus Part 1

bismillahirrahmanirrahim. today, saya nak cerita pasal dayus. haaaa. tahu tak dayus tu apa? kalau tak tahu, baca entri ini sampai habis ok :)

Rasulullah bersabda:
Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278 ) 
  
dan dalam hadis yang lain pula, ertinya:

Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad ) 
erti dayus juga disebutkan dalam sebuah hadis, ertinya : 
Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

dari hadis ini, kita dapat tahu bahawa maksud dayus ialah suami atau bapa yang langsung tak endahkan dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, bahkan sebahagiannya membiarkan sahaja isteri atau anak perempuannya disentuh oleh yang bukan mahram sesuka hati. 

dalam hadis yang lain, sahabat juga ada bertanyakan soalan yang sama. lalu Rasulullah menjawab, ertinya : 

Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)  


INSYAALLAH AKAN BERSAMBUNG DI ENTRI SETERUSNYA 


 


Older Post |