Ahlan Wasahlan Tinggalkan Jejak Twitter Status Syukran ![]() |
Renungan Akhir Zaman
Aku lahir ke atas dunia dengan izinMu . Lahirku saat Rasul dan sahabat telah tiada . Para Tabi' dan Tabii'n juga telah meninggalkanku . Zamanku adalah zaman pemerintahan Islam tidak lagi berkuasa . Aku terbit di tengat masyarakat Islam . Namun Islam tiada lagi dalam hati dan hidup mereka . Namun aku bersyukur kerana masih ada lagi yang mahu melihat Islam bersinar semula . Aku kuatkan azam untuk menyertai mereka . Cuba sedaya upaya menggerakkan generasiku yang telah lumpuh ini . Generasi seusiaku yang "sakit " . Lalai dengan hiburan dan asyik memuaskan nafsu . Sibuk dengan cinta yang penuh noda . Aku takut aku lemah untuk membimbing mereka kerana aku juga tidak sempurna . Namun aku sedar , tugas yang besar ini adalah wajib dan tidak memerlukan insan yang sempurna . Kerana tiada manusia yang terlepas dari dosa . Dan tugasku adalah berusaha . Gagal jatuh , dicela tidak diterima itu perkara biasa . Aku terus berdoa agar aku ditetapkan hati . Bukan nilaian harta yang aku cari . Bukan juga kerana nama yang ingin dikenal sebagai insan yang baik dan mulia . Cukuplah redhaMu sebagai harga . Bantulah hambaMu ini . Sedarkanlah semua generasiku YA RABB . Bangunkanlah semua ummat ini . Aku yakin Islam pasti akan kembali dan aku tak akan berhenti .
|