Bingkisan Hati
Ahlan Wasahlan

Status:Aku hanyalah pengemis cinta Ilahi dan pendamba syahid abadi
♥ Jika kau pandang setiap takdir itu dengan pandangan akhirat, maka akan damailah hatimu menerima setiap takdir yang terlakar


Entries About Linkies


Tinggalkan Jejak

Silent Reader[s]


Twitter Status

Syukran

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   


Pelangi Itu Indah








Bismillahirrahmanirrahim. 

Pelangi itu indah, bukan? 

Ingin hidup sentiasa ceria seperti warna-warna pelangi? 

Tapi, ada halangan. *sigh*

Baiklah. Sebenarnya, kehidupan ini sungguh unik. 

Terkadang ada bukit, gunung, lautan dan sebagainya. *jika anda faham*

Dan, hidup tak akan terlepas daripada melalui satu fasa iaitu fasa 'ribut taufan'. *okay ini istilah aku*

Ujian. Mak aih. Banyak sungguh. Hingga tak larat bahu nak menggalas ujian yang Allah bagi. *sometimes, eh tipu*

Tapi sebenarnya, Allah bagi ujian itu bersebab. Begitu juga dengan penciptaan kita di muka bumi ini. Pasti ada sebab. 

"Dia ( Allah) yang mencipta kematian dan kehidupan bertujuan untuk menguji siapakah di kalangan kamu paling baik amalannya?" [ Al-Mulk : 2 ]

Dalam Al-Qur'an Allah dah mention kenapa Allah cipta mati dan hidup. Dia ingin uji kita. Siapa yang lebih baik amalnya. 

Adakah kita? *gigit laptop*

Fuh. Mungkin ya. Mungkin tidak. 

"Saya orang beriman. Confirm amal semua baik punya"

Eh, meh baca firman Allah dalam Surah Al-Ankabut ayat 2.

"Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan dibiarkan dengan hanya berkata 'Kami telah beriman' sedangkan kamu belum diuji?"

Allah takkan biar kita mengaku kita beriman sedangkan kita ni belum lagi diuji oleh Allah.

Sebenarnya, Allah uji nak tengok sejauh mana kita masih percaya dengan qada' dan qadar.

Allah nak tengok adakah kita benar-benar redha dengan ujian yang Dia bagi.

Adakah kita benar-benar percaya dengan keadilan Allah.

Kemon! Ujian yang Rasulullah dan para sahabat terima lagi hebat! Nabi-nabi sebelum baginda juga banyak ujiannya. 

Contohnya, Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun tapi tak ada yang nak terima dakwah Nabi Nuh.

Kalau kau orang? Tercabar tak? Eh, jangan tipu. Kalau aku, mestilah rasa errr. 

Tapi, Nabi Nuh sabar. Tak pernah give up. Kalau kita? Mesti dah give up kan? 

Rasulullah? Orang lempar najis. Tuduh baginda ni ahli sihir.

Kalau hangpa? Mesti dah rasa marah kan? 

Tapi baginda tidak. Baginda tetap teruskan dakwah even masyarakat jahiliyyah menentang hebat dakwah Rasulullah. 

Hidup mana yang tak ada ujian? Even pujian itu pun sebenarnya adalah ujian.

Kang puji lebih-lebih, riak tu mula timbul dalam diri. *segala pujian hanya untuk Allah*

Kalau rasa give up bagai, bukalah Al-Qur'an. Merintihlah pada Dia.

Dia rindu nak dengar rintihan hambaNya. 

Jika benar hidup ingin indah seperti warna pelangi, hiduplah hanya kerana Allah. 

Jangan down. Dia ada. Yakin okay? :)



Hingga Jannah 3

Aku rindu dia. Aku rindu arwah Hanis. Ya Allah, semoga Hanis berada di antara hamba yang Kau redhai. 

Telefon bimbit yang terletak di atas meja kucapai. Scroll. Scroll. Sedang mencari conversation terakhir  aku dan Hanis sebenarnya.

Hanis : *Syah sayang! Aku rindu kau. Weh, aku dah khatam baca buku yang kau bagi tu.*

Aku : *Buku yang mana ek? Dah banyak buku aku bagi kat kau :P*

Hanis : *Hak elah. Buku "Malam Pertama di Alam Kubur" tu haaa*

Gulp. Lama baru terasa ringan jari ini untuk membalas mesejnya. Sebenarnya, ada perkara yang aku fikirkan. Sejak akhir-akhir ni, Hanis macam bagi 'signal' nak ucap babai kat aku. Entahlah. Mungkin perasaan merepek aku saja .-.

Aku : *Oh, alhamdulillah! Cepatnya kau baca :)*

Hanis : *Well. You know me better. By the way, esok kau free tak?*

Aku : *Hak elah. Esok? Jap. Tengok jadual dulu. Maklumlah, beta agak sibuk :P*

Hanis : *Okay. Aku tunggu*

Eh, imbas kembali. Rasanya, masa tu aku tengah check jadual aku agaknya. Kfine tak ingat.

Aku : *Alhamdulillah, esok aku free. Kenapa? Nak ajak aku main skate? Eh, padahal baru je kau jumpa aku tadi. Nak jumpa lagi esok? Heh :D*

Hanis : *Main skate dengan tudung labuh? Perggh. Osemlah kawan aku. Ek? TAKUT TAK SEMPAT*

Aku : *Tak ada maknanya aku nak main skate pakai tudung labuh. Siap dengan jubah pula tu*

Hanis : *Kalau betul pun, okay apa. Main tempat tersorok. Heh. 

Aku : *Eh, aku gurau je. Okaylah Cik Hanis. Mata aku dah meronta minta ditutup. Jaga hati, jaga iman, jaga maruah. Eh, yang penting jaga semuanya!*

Hanis : *Okay Miss Aisyah. Sayang kau! InsyaAllah. Maaf jika lidah ini pernah menikam hatimu tanpa aku sedari. Who knows, esok bukan milik aku lagi. Assalamu'alaikum!

Senyuman di bibirku mati. Membaca mesejnya berulang kali. Aku menghela nafas panjang. 

Allah. Kau lindungilah sahabatku.


__________________________________________________________________________


Subuh itu, aku menerima panggilan dari Hanis. Suara tidak seperti biasa. 

"Assalamu'alaikum. Kau dah solat?" Hanis memulakan bicara.

"Wa'alaikumussalam. Alhamdulillah, dah." Jawabku ringkas.

"Okay. Bolehlah borak lama sikit." ujar Hanis sambil ketawa kecil. 

Amboi Cik Hanis. Sempat lagi hang ketawa. 

"Okay fine. Nak cakap pasal apa ni?" Aku menyoal Hanis. 

"Errr, kau ingat lagi tak firman Allah dalam surah Zukhruf ayat 67?" Soal Hanis padaku. 

Surah Zukhruf ayat 67? 


"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)."

"Alhamdulillah, ingat. Kenapa?" Aku mengukir senyuman. Biarpun Hanis tidak nampak wajahku ketika itu. 

"Aku takut aku bermusuhan dengan kau di akhirat nanti." Hanis berterus terang. 

Gulp. Terasa pipi mulai basah dengan airmata. 

"Aku pun." Aku menjawab seadanya. Suasana menjadi hening. Cukup hening.

"Jom jadi orang bertaqwa! Niatkan persahabatan kita ni Lillah!" Hanis kembali bersuara. 

"Jom!" Aku menjerit kegirangan. Tak dapat nak bayangkan muka aku macam mana waktu itu =.=

"Weh, nanti jumpa kat syurga. Aku tak nak kiita tergolong dalam kalangan orang-orang yang saling tuduh-menuduh di akhirat nanti." Hanis bersuara. Hmmmpphhh. 

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Rasa nak call ambulans sebab sakit risau dengan si Hanis ni. 

"InsyaAllah!" Hanya itu yang mampu aku katakan. 

"Okaylah. Aku nak baca buku dulu. Tak habis lagi baca buku yang kau bagi ni." Hanis meminta diri. Agaknya. 

"Okay. Jaga diri tau, Hanis."

"Sure, insyaAllah. Aisyah, seriously. Sebelum aku letak telefon ni, aku nak minta maaf sangat-sangat kalau aku pernah sakitkan hati kau. Halalkan segalanya. Serious, aku berat hati nak letak telefon ni. Aku harap, nanti kita akan berpimpin tangan ke Jannah!" ujar Hanis. Suara sedikit serak. Mungkin menangis? 

Hanya Allah saja yang tahu betapa derasnya airmata yang mengalir di pipi aku ini. Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini. 

"Aku pun nak minta maaf juga. Harap jumpa di Jannah! Jujur, aku sayang kau Lillah." Tergagap-gagap aku bersuara. 

"Assalamu'alaikum." Hanis berkaaaaataaaaaa!!!!!!

"Wa'alaikumussalam." Telefon bimbit kugenggam erat. Aku memeluk bantal seerat-eratnya. 

Dan, itulah kali terakhir aku mendengar suara Hanis. 

Sayang, semoga rohmu tenang di sana ;') 




 






Fitrah


Kehidupan aku sebagai seorang pelajar universiti amat mencabar. Tidak seperti rutinku ketika berada di alam sekolah menengah. Waktu itu, ‘esaimen’ yang cikgu berikan pada kami tidaklah sebanyak ‘esaimen’ yang diberi oleh pensyarah aku di sini. Allah. Sabarlah wahai hati! 


Najihah meluru ke arahku. Tercungap-cungap. Eh, apa kena dengan Najihah ni?


“Nadhirah, ada surat untuk kau.” Najihah menghulurkan sampul surat yang berwarna merah jambu lembut itu. 


Aku membuka sampul surat itu. Haruman dari sampul surat itu membuatkan tekakku meloya. Hmm. Surat apakah ini? 


*Assalamu’alaikum. Fitrah seorang lelaki. Sukakan pada wanita yang solehah. Saya ingin membina keluarga sakinah. Bersama bidadari yang Allah tentukan buat saya. Saya ingin sekali mengenali saudari dengan lebih dekat. Sudikah saudari menerimanya?* -Hakimi


Astaghfirullah. Surat dari ajnabi. Aku yakin, jika aku tidak menjaga diri dan hati ini sebaiknya, pasti aku akan lalai dan leka bila menerima surat ini. Memanglah suka, cinta dan rindu itu fitrah. Tapi ianya boleh jadi fitnah. Astaghfirullah!


“Dia tulis apa, Dir?” Najihah yang sedari tadi asyik memandangku dengan penuh tanda tanya.


“Hmm? Entahlah. Tapi yang penting, mampu buat aku lalai dan leka jika aku tak jaga hati ini sebaiknya.  Macam mana kau boleh dapat surat ni?” Aku mengerutkan dahi. Mataku memandang tepat ke arah Najihah. 


“Err. Tadi aku terserempak dengan dia di kafe. Suddenly, dia bagi aku surat ni dan dia suruh aku sampaikan pada kau. Eh, dia minat kau ke, Dir?” Najihah mempamerkan wajah selamba.


“Oh. Hmm? Aku hargai niat dia. Tapi, cara dia tu salah. Boleh menimbulkan fitnah dan mampu membuatkan kelalaian kuasa Otromen tahu tak.” Jawapan yang aku berikan cukup melegakan Najihah.


“Alhamdulillah, sahabatku! Kau jaga hati kau elok-elok ya. Jangan sampai tertipu dengan syaitan. Syaitan sangat licik dan akan terus berusaha agar kita buat dosa. Kita pula, kena berusaha dekatkan diri dengan Allah serta mujahadah yang mantap.” Kata-kata Najihah cukup bermakna buat aku. Kata-kata dari seorang sahabat! Allah. 


Mungkin, hidup kita penuh dengan godaan demi godaan. Jika hati tak kuat, maka senanglah kita nak masuk perangkap syaitan. Sentiasa dekatkan diri pada Allah. 


Ajnabi? Takkan sekali aku dekati. Aku kena kuatkan hati. Aku harap, muslimah di luar sana teguhkan pendirian diri.


Jangan sesekali terjebak dengan ‘couple islamik’. Benda dah jelas-jelas haram. Cuma mempergunakan agama untuk menghalalkan matlamat mereka. HARAM WEH HARAM! 


Kita, sebagai daie kena berikan contoh yang baik. Jadikan Rasulullah sebagai role model yang paling osem. Perbaiki akhlak, perbaiki diri. Anda mampu tarbiyyah hati!



Salam Mahabbah.
11.4.1434 | 9:29 PM




Hanya Insan Biasa

Insan biasa? Ada apa dengan insan biasa? Mengapa bukan luar biasa?

Pakkkkk! Tanda tanya bermain di kotak fikiranku. 

Sebenarnya, menjadi insan biasa itulah yang menjadikan seseorang itu menjadi luar biasa. Sebab apa? 

Sebab, hidupnya penuh dengan kesederhanaan. Saat yang lain berdiri megah, rasa riak, ujub dan takbur bersarang di jiwa. Tapi dia, si insan biasa? Tetap merendah diri. Kerana dia tahu, ada yang lebih hebat dari dia. 

Kenapa perlu kesederhanaan? Kerana itu yang diajarkan oleh Islam. Tak perlu bermegah. Tak perlu tinggi diri. Jangan sampai kita yang jadi orang yang paling rugi dan hina di akhirat kelak. 

Aku tertarik dengan coretan ini :  

"Ada suatu masa, aku mahu bersendirian dari penglihatan dan perhatian manusia, dan kala waktu itu aku hanya mahu menghabiskan masa bersama Tuhanku. Hanya Dia menjadi pendengar setia pada apa jua ucapanku, inginku, dan sesalan dosaku mahupun berulang-ulang. Hanya Allah yang mampu menanggung beban air mata yang tertahan sehingga aku mampu berdepan dengan ragam manusia bersama dengan senyuman. Lalu, kekuatan itu mendorong ketaatanku."

See? Insan biasa mampu menjadi luar biasa pada pandangan Tuhan kalau dia sentiasa patuh pada suruhan Tuhan. 

So far, aku tengok semua orang nak jadi luar biasa. Hanya kerana? Inginkan perhatian manusia? 

That's all? Ohooo. Impossible. Sepatutnya, kita kenalah raih perhatian Allah. Raih redha Allah. 

Trust me. Perhatian manusia takkan mampu bawa kita ke syurga. 

Mungkin harapan kita ingin ke syurga. Tapi, hanya kerana niat kita yang terpesong, maka kita tergelincir ke neraka. Tidak dapat melintasi titian siratulmustaqim. Jatuh ke dalam api yang hangat membara. Saat itu, peluang sudah TERTUTUP. Benar-benar TERTUTUP. 
Si luar biasa menjadi insan yang paling keji, hina dan rugi di akhirat kelak. Lalu? Semua usaha itu sia-sia. Usaha untuk mendapatkan perhatian manusia semata. 

Jadilah insan yang biasa. Biarlah luar biasa di mata Allah. Tak guna hebat di dunia kalau akhirat kita rugi, hina dan keji. 

Wallahu'alam. Spread Dakwah :)










Kerana Sayang

Bismillahirrahmanirrahim. Blog berhabuk. Idea bersarang. Homework berlambak. Presentation memanggil. 

Tapi itu bukan alasan untuk tinggalkan medan dakwah. Okay. Straight to the point. 

Kerana sayang? Ya. Kerana sayang aku menegur.

Bila jadi daie, bila kita tegur orang, itu bukan bermaksud kita ini perfect. Never. 

Itu bukan aim kita berdakwah. Kita berdakwah, menyambung perjuangan Rasulullah dalam menyebar risalah suci. Bukan sebab nak nampak perfect. 

Kita, khalifah! Kita, daie! Kita hamba! 

Bila kita tegur orang, macam-macam respon yang kita dapat. 

"Kau bising kenapa. Mak bapak aku tak bising pun". 

"Kubur masing-masinglah, kawan!".

"Kau tak payah nak bajet alimlah! Macamlah kau tak pernah buat dosa". 

Dan macam-macam lagi. Tak terdaya jariku nak list satu-satu. 

Aku sarankan, baca Surah Al-A'raf ayat 164.

Jawapannya ada di situ. Mungkin mereka akan anggap kita ni menyibuk tentang hidup mereka. Sehingga cacian yang dilontarkan itu menguji iman di dada. 

Tapi, itulah tugas kita. Khalifah. Dakwah. Amar ma'ruf nahi mungkar. 

Kalau tak mampu nak tegur dengan bicara, maka tegurlah dengan tangan. Jika tak mampu nak tegur dengan tangan, maka tegurlah dengan hati(membenci dosa yang dilakukan oleh mereka) dan itu adalah selemah-lemah iman. 

Kalau hangpa mampu nak tegur dengan bicara, tegurlah. Yang penting, kena berhikmah. 

Tapi, jangan tegur dia depan orang ramai. Itu bukan menegur namanya. Tapi membuka aib dia. 

Kita tegur orang, motifnya bukan untuk memalukan apatah lagi menjatuhkan. 

Jadilah daie yang berhikmah. Contohi cara Rasulullah berdakwah. 

Jadilah daie yang Allah redha. Ikhlaskan hati bila berdakwah. 

Bukan kerana title 'daie' semata. 

Cek niat. Lillahita'ala. 

Kamu! Kerana sayang aku menegur. Kerana rindu, aku mendoakan. 

Salam mahabbah dari hamba Tuhan ♥







Tarbiyyah Dari Tuhan

Satu keluhan berat dilepaskan. Absyar temenung jauh. Hafiz yang berada di sisinya hanya diam membisu. Memberi ruang untuk Absyar bertenang. 

"Fiz, aku tak faham. Kenapa harus aku? Kenapa Allah selalu uji aku?" soal Absyar buat kesekian kalinya. Airmata lelakinya jatuh berguguran. 

"Sabar, Absyar. Allah uji ada sebabnya." Hafiz cuba untuk menenangkan Absyar yang kian 'buntu'. 

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan ; 'Kami telah beriman', sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum 
 mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah yang berdusta." [Al-Ankabut : 2-3]

"Okay. Aku faham. Tapi aku dah banyak dah berusaha selama ni. Tapi kenapa aku tak dapat apa yang aku nak?" tiada segaris senyuman pun yang terlukis di wajah Absyar. Hening. 

"Kau pernah dengar tak firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216?" Hafiz berkata dalam nada yang tenang. 

Sepi. Tiada jawapan. Yang terdengar hanya esakan Absyar. 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedang kami tidak mengetahui." [Al-Baqarah : 216]

Masih sepi. Seperti tadi. Hafiz tahu, Absyar cuba 'menghadam' ayat-ayat cinta dari Pencipta. 

"Ya. Aku tahu. Cuma, aku tak sanggup nak hadapi ujian ini. Seolah-olah ianya melebihi batas kemampuan aku." Dahi Absyar berkerut sambil menunduk. 

"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya." Hafiz membaca terjemahan ayat dari Surah Al-Baqarah ayat 286. Hafiz tersenyum nipis. 

"Relax, bro! Ujian itu sebenarnya adalah tarbiyyah dari Allah. Tahu tak? Ujian yang menimpa kita ni apalah sangat berbanding ujian yang telah dilalui oleh Rasulullah." Bahu Absyar dipaut kemas. 

"Sorry, aku over. Aku bengang tadi. Rasa macam hilang arah. Nasib baik ada kau, Hafiz. Sekarang ni, aku rasa lebih tenang. Benarlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." Absyar kembali tersenyum. Bukan senyuman hambar. Tapi senyuman yang ikhlas. 

"Tak apa. Yang penting, bila kau ada problem, kau buka Al-Qur'an, baca. Kau ingat Allah, insyaAllah kau akan tenang." Pandangannya lurus ke hadapan.








Sahabat Dunia Akhirat

Sahabat dunia akhirat.

Ada sahabat tak? Tipulah kalau kata tak ada.

Ya. Sahabat yang sentiasa ada di saat susah dan senang. Kalau kau rasa sahabat itu hanya perlu ada di waktu senang saja, maka kau salah!

Tapi, lihatlah. Adakah sahabat kau itu mampu memimpin kau ke syurga atau mengheret kau ke neraka? Adakah tutur bicaranya sentiasa mengingatkan kita pada Tuhan?

Fikir. Jika sahabat kau itu masih berada dalam sangkar jahiliyyah, maka bimbinglah dia menuju erti sebenar tarbiyyah dan dakwah.

Takkan kau nak biarkan sahabat kau dan kau sekali terus tenggelam dalam dunia yang penuh tipu daya? Ayuh, bangkit!

Mari kita bina generasi Al-Fateh dan para pahlawan Islam yang berjiwa kental serta tak takut walau apa jua halangan mendatang.

Berkawan jangan hanya di dunia saja, tapi kekallah hingga Jannah.

Jika kau adalah seorang sahabat, maka sokonglah perjuangan sahabatmu itu memperjuangkan agama dan menyebar risalah suci.

Jika kau adalah seorang sahabat, maka jangan biarkan sahabatmu itu jatuh sendiri. Pimpinlah dia untuk bangkit dari kejatuhan itu. Hulurkan tanganmu.

Jika kau adalah seorang sahabat, maka capailah tangan sahabatmu itu untuk ke syurga dan bukannya ke neraka yang penuh azab sengsara.

 Ingatlah kataku ini. Ewah, Aisyah poyo .-.

"Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah." -Kitab Al Hikam.

"(Pada hari kiamat) orang-orang yang bersahabat akan saling bermusuhan kecuali orang-orang yang bertaqwa." [43 : 67]

Serious. Mengalir airmata bila baca ayat ini. Bimbang jika aku bukan orang yang bertaqwa. Maka, di akhirat nanti aku dan sahabatku akan bermusuhan. Ya Allah. Never.

"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspalah/bersikap bijaksana dalam memilih sahabat." [HR Ahmad]

Mungkin, sahabat kita kurang baik dan kita sendiri sebenarnya kurang baik. So, mulai dari hari ini, jadilah seorang manusia yang baik.

Berubah. Hijrah. Muhasabah.

Pandanglah ke hadapan. Jangan sesekali menoleh ke belakang. Capailah tangan sahabatmu. Jangan lepaskan.

Peganglah erat tali ukhuwwah yang tersimpul indah di jalan dakwah.







Benarkah?

Jam menunjukkan pukul 3:30 pagi. Syafikah tidak dapat tidur lena. Dia hanya terlelap lebih kurang setengah jam. Ada perkara yang merunsingkannya. 

Sudah setahun lebih Syafikah 'bercinta' dengan Fariz. Pada pengamatannya, Fariz adalah lelaki yang baik. Tak pernah melukakan hatinya. 

Fariz sering menasihatkan Syafikah agar tidak meninggalkan solatnya. Malah, Fariz selalu menceritakan kisah-kisah pahlawan Islam yang unggul. Kiranya, Fariz ini adalah lelaki yang 'soleh'. 

Tapi, kerana Fariz jugalah yang membuatkan hidup Syafikah leka dengan cinta manusia. Jadi, itukah namanya lelaki yang soleh? 

Syafikah menopang dagu. 

'Ya Allah. Selama setahun lebih itulah aku bergelumang dengan dosa? Selama itulah aku hidup dalam kejahilan?' hati Syafikah mula berbicara. Tanpa disedari, airmatanya berguguran membasahi pipi.

Padahal, sahabat Syafikah sering menggelarkan Syafikah sebagai wanita solehah. 

'Layakkah gelaran itu untuk aku?' Syafikah mempersoalkan. Lalu, tafsir Al-Quran dibukanya.

Biarpun solat 5 waktu Syafikah tak pernah terabai, namun ikhtilat langsung tak dijaga. 

Hati Syafikah berbisik. 

Mungkin manusia tak tahu inilah sebenarnya aku. Tapi di akhirat nanti, semuanya Allah akan display depan seluruh manusia. 

Ya Allah! Ampunkanlah aku. Aku telah lalai dan berpaling jauh. 

Esoknya, Syafikah memberitahu Fariz. Keputusan untuk meninggalkan Fariz adalah muktamad. 

Fariz mengalirkan airmata. Sedih mungkin. Ah! Lantak dialah nak nangis airmata darah sekalipun, 

Sudah lama Syafikah terpesong. Hari ini, Syafikah ingin berhijrah. Muktamad. 

Sayonara Jahiliyyah. 

Syafikah terfikir. Berapa ramai lagi wanita yang akan menerima nasib sepertinya? 

Dan, sampai bila Fariz harus menipu diri sendiri? Ya Allah. 

Jika sebelum dia bernikah, perangainya sudah begitu, apalagi selepas nikah. 

Besar kemungkinan selepas nikah, ikhtilatnya masih tak terjaga. 

Hari ini Syafikah berhijrah! Assalamu'alaikum Tarbiyyah ;') 




Older Post