Ahlan Wasahlan Tinggalkan Jejak Twitter Status Syukran ![]() |
Fitrah
![]()
Kehidupan aku sebagai seorang pelajar universiti amat
mencabar. Tidak seperti rutinku ketika berada di alam sekolah menengah. Waktu
itu, ‘esaimen’ yang cikgu berikan pada kami tidaklah sebanyak ‘esaimen’ yang
diberi oleh pensyarah aku di sini. Allah. Sabarlah wahai hati!
Najihah meluru ke arahku. Tercungap-cungap. Eh, apa kena
dengan Najihah ni?
“Nadhirah, ada surat untuk kau.” Najihah menghulurkan sampul
surat yang berwarna merah jambu lembut itu.
Aku membuka sampul surat itu. Haruman dari sampul surat itu
membuatkan tekakku meloya. Hmm. Surat apakah ini?
*Assalamu’alaikum. Fitrah seorang lelaki. Sukakan pada
wanita yang solehah. Saya ingin membina keluarga sakinah. Bersama bidadari yang
Allah tentukan buat saya. Saya ingin sekali mengenali saudari dengan lebih
dekat. Sudikah saudari menerimanya?* -Hakimi
Astaghfirullah. Surat dari ajnabi. Aku yakin, jika aku tidak
menjaga diri dan hati ini sebaiknya, pasti aku akan lalai dan leka bila
menerima surat ini. Memanglah suka, cinta dan rindu itu fitrah. Tapi ianya
boleh jadi fitnah. Astaghfirullah!
“Dia tulis apa, Dir?” Najihah yang sedari tadi asyik
memandangku dengan penuh tanda tanya.
“Hmm? Entahlah. Tapi yang penting, mampu buat aku lalai dan
leka jika aku tak jaga hati ini sebaiknya. Macam mana kau boleh dapat surat ni?” Aku
mengerutkan dahi. Mataku memandang tepat ke arah Najihah.
“Err. Tadi aku terserempak dengan dia di kafe. Suddenly, dia
bagi aku surat ni dan dia suruh aku sampaikan pada kau. Eh, dia minat kau ke,
Dir?” Najihah mempamerkan wajah selamba.
“Oh. Hmm? Aku hargai niat dia. Tapi, cara dia tu salah.
Boleh menimbulkan fitnah dan mampu membuatkan kelalaian kuasa Otromen tahu tak.”
Jawapan yang aku berikan cukup melegakan Najihah.
“Alhamdulillah, sahabatku! Kau jaga hati kau elok-elok ya.
Jangan sampai tertipu dengan syaitan. Syaitan sangat licik dan akan terus
berusaha agar kita buat dosa. Kita pula, kena berusaha dekatkan diri dengan
Allah serta mujahadah yang mantap.” Kata-kata Najihah cukup bermakna buat aku.
Kata-kata dari seorang sahabat! Allah.
Mungkin, hidup kita penuh dengan godaan demi godaan. Jika
hati tak kuat, maka senanglah kita nak masuk perangkap syaitan. Sentiasa
dekatkan diri pada Allah.
Ajnabi? Takkan sekali aku dekati. Aku kena kuatkan hati. Aku
harap, muslimah di luar sana teguhkan pendirian diri.
Jangan sesekali terjebak dengan ‘couple islamik’. Benda dah
jelas-jelas haram. Cuma mempergunakan agama untuk menghalalkan matlamat mereka.
HARAM WEH HARAM!
Kita, sebagai daie kena berikan contoh yang baik. Jadikan
Rasulullah sebagai role model yang
paling osem. Perbaiki akhlak, perbaiki diri. Anda mampu tarbiyyah hati!
Salam Mahabbah.
11.4.1434 | 9:29 PM
|