Bingkisan Hati
Ahlan Wasahlan

Status:Aku hanyalah pengemis cinta Ilahi dan pendamba syahid abadi
♥ Jika kau pandang setiap takdir itu dengan pandangan akhirat, maka akan damailah hatimu menerima setiap takdir yang terlakar


Entries About Linkies


Tinggalkan Jejak

Silent Reader[s]


Twitter Status

Syukran

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   


Tarbiyyah Dari Tuhan

Satu keluhan berat dilepaskan. Absyar temenung jauh. Hafiz yang berada di sisinya hanya diam membisu. Memberi ruang untuk Absyar bertenang. 

"Fiz, aku tak faham. Kenapa harus aku? Kenapa Allah selalu uji aku?" soal Absyar buat kesekian kalinya. Airmata lelakinya jatuh berguguran. 

"Sabar, Absyar. Allah uji ada sebabnya." Hafiz cuba untuk menenangkan Absyar yang kian 'buntu'. 

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan ; 'Kami telah beriman', sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum 
 mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah yang berdusta." [Al-Ankabut : 2-3]

"Okay. Aku faham. Tapi aku dah banyak dah berusaha selama ni. Tapi kenapa aku tak dapat apa yang aku nak?" tiada segaris senyuman pun yang terlukis di wajah Absyar. Hening. 

"Kau pernah dengar tak firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216?" Hafiz berkata dalam nada yang tenang. 

Sepi. Tiada jawapan. Yang terdengar hanya esakan Absyar. 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedang kami tidak mengetahui." [Al-Baqarah : 216]

Masih sepi. Seperti tadi. Hafiz tahu, Absyar cuba 'menghadam' ayat-ayat cinta dari Pencipta. 

"Ya. Aku tahu. Cuma, aku tak sanggup nak hadapi ujian ini. Seolah-olah ianya melebihi batas kemampuan aku." Dahi Absyar berkerut sambil menunduk. 

"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya." Hafiz membaca terjemahan ayat dari Surah Al-Baqarah ayat 286. Hafiz tersenyum nipis. 

"Relax, bro! Ujian itu sebenarnya adalah tarbiyyah dari Allah. Tahu tak? Ujian yang menimpa kita ni apalah sangat berbanding ujian yang telah dilalui oleh Rasulullah." Bahu Absyar dipaut kemas. 

"Sorry, aku over. Aku bengang tadi. Rasa macam hilang arah. Nasib baik ada kau, Hafiz. Sekarang ni, aku rasa lebih tenang. Benarlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." Absyar kembali tersenyum. Bukan senyuman hambar. Tapi senyuman yang ikhlas. 

"Tak apa. Yang penting, bila kau ada problem, kau buka Al-Qur'an, baca. Kau ingat Allah, insyaAllah kau akan tenang." Pandangannya lurus ke hadapan.








Older Post |