Bingkisan Hati
Ahlan Wasahlan

Status:Aku hanyalah pengemis cinta Ilahi dan pendamba syahid abadi
♥ Jika kau pandang setiap takdir itu dengan pandangan akhirat, maka akan damailah hatimu menerima setiap takdir yang terlakar


Entries About Linkies


Tinggalkan Jejak

Silent Reader[s]


Twitter Status

Syukran

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   


Sungguh Aku Malu

Well. Tajuk boring ke? Entahlah. Tapi, pastikan baca entri ni sampai habis tau!

Kejap. Aku nak minum air dulu. Tekak rasa kering bila cakap pasal tajuk ni.

Err. Tahu tak? Srikandi-srikandi mawar agama zaman Nabi dulu, hatinya sangat kental! Tak mudah mengalah. Tak akan berpaling dari Islam walau apa yang berlaku. 

Aku kagum! 

Pernah baca kisah Sumayyah tak? Tak pernah? Search okay :)

Lah, aku cerita sikitlah ek. 

Sumayyah ni adalah hamba sahaya milik Abu Huzaifah Al-Mughirah. 

Lepas tu, Abu Huzaifah ni kahwinkan Sumayyah dengan seorang lelaki yang berasal dari Yaman yang bernama Yasir yang merupakan perantau di Kota Makkah. 

Suatu hari, Ammar yang merupakan anak kepada Sumayyah dan Yasir mendengar khabar tentang kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah. 

So, Ammar pun mencari dan ingin membuktikan kebenaran khabar itu. Sebaik saja dia mengenali Rasulullah, Ammar terus tertarik untuk memeluk Islam dan terus mengucapkan kalimah syahadah. 

Then, Ammar bagitahu Sumayyah dan Yasir tentang agama yang dibawa oleh Nabi itu. Sumayyah dan Yasir juga tertarik pada Islam dan akhirnya mengucapkan syahadah. 

Khabar tentang Sumayyah dan keluarganya telah memeluk Islam itu sampai ke pengetahuan Abu Huzaifah dan menimbulkan kemarahannya. 

Abu Huzaifah memaksa Sumayyah dan keluarganya kembali pada agama nenek moyang mereka yang menyembah latta dan uzza. 

Atas dasar keimanan yang kukuh, Sumayyah dan keluarganya enggan keluar dari agama Islam yang suci. 

Apalagi, si Abu Huzaifah tu marah dan menyeksa Sumayyah, Yasir serta Ammar di tengah padang pasir. Sambil tu, Abu Huzaifah memaksa mereka keluar dari Islam dan masuk balik agama nenek moyang itu. 

Tapi mereka enggan. Keyakinan yang tinggi pada Allah mengatasi segala. Dan akhirnya, mereka menghembuskan nafas terakhir setelah melalui pelbagai seksaan yang sangat kejam! 

Sumayyah. Wanita pertama yang syahid dalam Islam. Allah. 

Serious. Lepas aku baca kisah tentang Sumayyah, aku rasa malu. Keimanan Sumayyah terlalu tinggi. 

Kita? Baru diuji sikit, dah lembik semacam. Agak-agaklah, kalau Abu Huzaifah tu wujud pada zaman kita ni, iman kita ni tahap mana ya? 

Kalau diseksa seperti Sumayyah, masihkah kita dalam Islam? Aku malu. 

Aku tak sekuat Sumayyah. Sumayyah menjadi srikandi idola aku. 

Kalau idola kau ialah Lady Gaga, Miley Cyrus and bla bla bla, better kau baca kisah para srikandi. Serious. Akan mengalir perasaan malu dalam diri. 

Mati demi Islam. Kita? Entah mati demi apa agaknya. 

Okay. Aku tak nak cakap panjang macam Mak Jemah. 

Fikirlah. Buktikan rasa cinta kita pada Islam. 

Wallahu'alam. 



                                                                                   Mujahidah Syria





Older Post |