Bingkisan Hati
Ahlan Wasahlan

Status:Aku hanyalah pengemis cinta Ilahi dan pendamba syahid abadi
♥ Jika kau pandang setiap takdir itu dengan pandangan akhirat, maka akan damailah hatimu menerima setiap takdir yang terlakar


Entries About Linkies


Tinggalkan Jejak

Silent Reader[s]


Twitter Status

Syukran

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   


Hingga Jannah

Hening. Aku pandang dia yang berada di hadapanku.

Rasanya, mahu saja aku khabarkan pada dunia bahawa aku amat menyayangi dia.

Sepi menyelubungi. Airmata yang sedari tadi tumpah, aku kesat dengan tanganku.

"Eh, kau nangis?" Hanis buat muka poyo.

"Perasan! Mana ada. Kau salah tengok kot." Aku cuba menyembunyikan kekalutan yang mula menguasai diri.

Hanis tersenyum. Aku mula perasan, matanya mula bergenang dengan airmata. Dia memalingkan muka dari aku. Mungkin dia tak mahu aku terlihat titisan airmatanya.

"Hanis, boleh tak jangan buat aku nangis?" Hanis tersengih tatkala mendengar permintaan aku.

"Macam mana aku tak nangis. Kau suka buat aku nangis." Hanis mula merepek.

Ek eleh budak ni! Aku bagi kuali kang.

"Sha, kau tahu tak? Kau ni ibarat angin." Hanis tersenyum nipis.

Huh?

"Eh, ye ke? Apesal?" Aku tergamam.

"Weh, kalau ye pun, tak payah nak buat muka macam tu. Err. Kau macam angin sebab, walaupun kita akan terpisah satu hari nanti, aku yakin kau sentiasa bersama aku. Macam angin, walaupun kita tak nampak angin, tapi kita boleh rasa kehadirannya kan?" Hanis tersenyum.

Aku membisu. Sepi mengisi. Fuh. Power jugak kau Hanis.

"Hanis, aku tak nak kau jadi matahari. Sebab, bila malam menjelma kau akan hilang. Dan, aku tak nak kau jadi bulan. Sebab, munculnya siang bermakna kau akan hilang." Airmata yang tertahan mula merembes. Sayu. Bahagia.

"InsyaAllah. Aku harap kita berjumpa di Jannah nanti. Kau jadi member aku kat syurga eh." ujar Hanis sambil memegang erat tanganku.

Entah mengapa. Pegangannya begitu erat sekali. Seolah-olah tak akan meninggalkan aku sendiri tersungkur dalam mengejar redha Khaliq.

Esoknya, baru aku tahu. Itulah pertemuan terakhir kami. Pertemuan yang singkat namun cukup memberi kesan pada hati. Hanis terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu ingin pulang dari kampus. Hanis, sekarang ni, kau yang ibarat angin. Bukan aku. Biarpun kau dah pergi, namun aku dapat rasa kehadiran kau.








Older Post |