Bingkisan Hati
Ahlan Wasahlan

Status:Aku hanyalah pengemis cinta Ilahi dan pendamba syahid abadi
♥ Jika kau pandang setiap takdir itu dengan pandangan akhirat, maka akan damailah hatimu menerima setiap takdir yang terlakar


Entries About Linkies


Tinggalkan Jejak

Silent Reader[s]


Twitter Status

Syukran

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   


We Will Not Go Down


Awal Muharam telah telah dimulakan dengan serangan Israel ke atas Palestin. Jantungku bagaikan jatuh menyembah bumi saat mendengar khabar ini. Ya! Palestin telah dikejutkan dengan serangan bom secara tiba-tiba. saat yang lain ingin menghayati erti hijrah, Israel Laknatullah sengaja melancarkan serangan ke atas Palestin. hari ini, tahun baru umat Islam. wahai saudaraku di Palestin, maafkan kami kerana kami tak mampu ke sana dan membantumu. maafkan kami kerana lalai dengan nikmat dunia sampai kami terlupa akan kesengsaraanmu. wahai saudaraku, masih adakah keluargamu di sisi? atau sudah syahid menuju jannah abadi yang dijanjikan Allah buat hambaNya? maafkan kami. hanya doa sebagai senjata kami. kami tak mampu untuk berjuang bersamamu. hanya doa yang menjadi senjata terkuat kami. tak mengapa wahai saudaraku. andai Israel ada senjata, usah kau risau kerana kita ada Allah. kita juga punya senjata terkuat. cuma, aku masih bimbang. aku bimbang dengan segelintir umat Islam seolah-olah tak menyedari 'kewujudanmu'. mereka seolah-olah tak tahu 'kewujudanmu' dalam peta dunia. padahal Palestin adalah bumi para anbiya'. ada sebuah masjid yang pernah menjadi kiblat pertama umat seluruhnya. kehadiranmu cukup berharga wahai Palestin. aku ingin sekali menjejakkan kaki ke tanah Palestin. moga kita bertemu di syurga abadi. Ya, jannah yang pasti. yang telah dijanjikan Rabbi. akhir kataku, kuatkan semangat kalian wahai pejuang agama. kami takkan pernah melupakanmu dalam setiap doa. KAMI SAYANG KAMU, WAHAI PALESTINIAN! WE WILL NOT GO DOWN!



Older Post |