Bingkisan Hati
Ahlan Wasahlan

Status:Aku hanyalah pengemis cinta Ilahi dan pendamba syahid abadi
♥ Jika kau pandang setiap takdir itu dengan pandangan akhirat, maka akan damailah hatimu menerima setiap takdir yang terlakar


Entries About Linkies


Tinggalkan Jejak

Silent Reader[s]


Twitter Status

Syukran

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   


Di Sebalik Niqab Part 2

Habibah terdiam.

Rupa-rupanya, Sumayyah terlebih dahulu mengikuti perkembangan isu semasa.

Sumayyah mengeluarkan sehelai kertas dari beg galasnya.

Sumayyah membaca kenyataan yang terdapat dalam artikel tersebut“ Dr. Nazreen Nawaz memberi kenyataan tegas mengkritik tindakan Syeikh Muhammad Tantawi. Katanya Syeikh Tantawi bukanlah orang yang asing dalam memukul gendang mengikut irama kerajaan Sekular Barat. Antara perkara yang telah dilakukan termasuklah menyokong pengharaman tudung di Perancis, menasihati perempuan-perempuan Muslim untuk membuka tudung mereka dalam memenuhi kehendak undang-undang, serta bersalaman dengan Presiden Israel Shimon Peres iaitu seorang penyembelih yang mana tangannya berlumuran dengan darah ribuan rakyat Palestin. Berlatar belakangkan kerajaan Eropah yang sedang berusaha untuk mencantas kebangkitan Islam dalam masyarakat mereka dan memaksa untuk menerapkan nilai-nilai Barat melalui undang-undang seperti pengharaman tudung dan purdah, kata-katanya telah dijadikan sebagai hujah dalam agenda mereka. Tambahan pula, kenyataannya yang mutakhir ini telah menyediakan bantuan kepada propaganda peperangan kerajaan Barat terhadap Islam dan pakaian wanita Muslim. Dia menunjukkan kemarahan terhadap wanita yang berpurdah tetapi langsung tidak menghiraukan tindakan kerajaan membenarkan para pengunjung wanita untuk berarak separuh bogel di dalam pusat percutian di Mesir. Dia mempergunakan Islam untuk berhujah bahawa wanita Muslim mestilah membuka wajah mereka tetapi mendiamkan diri terhadap pemerintahan rejim sekular Mubarak yang zalim yang cuba sedaya upaya dalam menyingkirkan Islam dari masyarakat, termasuk memenjara dan menyeksa sesiapa yang menyeru kepada pemerintahan Islam. Enti nak guna hujah ulama’ yang begini?” Sumayyah mengakhiri pembacaannya sambil menggelengkan kepala.

Habibah terdiam.

Habibah menambah lagi “ Tapi, enti tahu tak isu ni jadi isu yang panas pada tahun 2001 di Mesir juga,”

“Isu yang mana tu? Di American University di Kaherah tu ye?”

Habibah mengangguk. “ Yup, seorang pengkaji Muslimah telah dilarang memasuki perpustakaan American University di Kaherah kerana enggan menanggalkan niqobnya. Tengok di Negara Mesir pun jadi macam ni. Negara Islam tu,”

“ Negara Mesir Negara Islam? Enti biar betul, Bibah…Mesir dah dikotori sekularisme di mana-mana,” Sumayyah menafikan kenyataan sahabatnya. “ Husni Mubarak kan presidennya,”

“ Maafkan ana, Bibah. Tapi kalau tak silap ana Muslimah tu telah membawa kes tersebut ke mahkamah dan mahkamah memutuskan larangan itu tidak sah. Maksudnya larangan untuk beliau masuk dengan keadaan memakai niqab adalah tidak sah. Kesudahannya, wanita tersebut menang di dalam kes berkenaan.”

“ Oh, dia menang ye?”

“ Ha’ah,oh ye, enti. Ya, sebelum kita memutuskan sesuatu perkara atau isu sebagai hujah dan perdebatan, kita perlu tahu apa kesudahannya dan watak-watak utama dalam kes berkenaan. Enti tahu ke pasal arahan syeikh Tantawi sebenar,”

“ Maksud enti?”

“ Yelah, beliau mengharamkan niqab di University al-Azhar. Enti perlu ingat bahawa Universiti al-Azhar mempunyai kampus yang berasingan antara pelajar lelaki dan perempuan. Ini yang diajarkan Islam. Tapi, kolej dan universiti di Malaysia tidak begitu. Adalah haram dalam Islam untuk dicampurkan pelajar lelaki dan perempuan dalam sebuah pusat pengajian, tanpa tabir pula tu di dalam kelas. Jadi, kita memang tidak sama dengan mereka. Kita lagi perlu memakai niqab (purdah) kerana kita berada di kampus yang tidak mengasingkan kuliah dan kelas dan sebarang urusan untuk lelaki dan perempuan, “ Sumayyah menjelaskan panjang lebar.

“ Owh, begitu. Maksud enti tiada pelajar lelaki di kampus pelajar perempuan? Beginikah sistem di al-Azhar? Ana tak tau pun..”

“ Ha’ah, takde. Ana sempat singgah waktu lawatan sambil belajar ke Kaherah, tahun lepas. Memang kampus berasingan. Universiti lil baniin (untuk lelaki) dan lil banaat (untuk perempuan) adalah asing. Bagus, kan?” Sumayyah menjelaskan.

“ Subhanallah, bestnye..”

Sumayyah mengeluarkan sebuah fail yang diisi artikel tentang niqab di dalamnya. “ Cuba kita check and balance semula, ok, isu ni adalah berpunca daripadapekeliling yang dikeluarkan pada 5 Oktober 2009 oleh Syeikh al-Azhar kepada semua sekolah rendah dan menengah serta kolej-kolej milik Universiti al-Azhar, supaya pelajar wanita tidak dibenarkan memakai purdah semasa dalam kelas atau dewan kuliah. Lihatlah apa alasan mereka, semua kelas dan dewan kuliah pelajar wanita adalah berasingan daripada kelas dan dewan kuliah pelajar lelaki. Justeru, tiada keperluan bagi pelajar wanita memakai purdah. Ini berbeza semasa berada di luar kelas atau di luar dewan kuliah. Kita lihat hasil dari mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi al-Azhar , dalam mesyuarat ni diputuskan beberapa perkara:
Pertama, pelajar perempuan dibenarkan memasuki permis al=azhar secara berniqab.
Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang untuk memasuki perkarangan al-azhar as-syarif.

Tentang perkara pertama ini jelas diputuskan bahawa niqab tidak diharamkan. Bahkan wanita yang berniqab tidak boleh dihalang untuk memasuki al-azhar.

Kedua, pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam permis al-azhar.

Lihat pada keteranagan kedua, pelajar perempuan dibenarkan berniqab apabila ada lelaki.Seperti yang kita tahu kampus pelajar permpuan & lelaki berada di tempat yang berasingan. Jadi jika ada lelaki di dalam kampus mereka dibenarkan berniqab.

Ketiga, pelajar tidak dibenarkan berniqab sewaktu di dalam kelas.. kerana semua pelajar adalah permpuan. Larangan ini berkuat kuasa apabila guru yang mengajar itu juga perempuan.

Keempat, para pelajar juga tidak dibenarkan memakai niqab sewaku peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal diwaktu peperiksaan hendakalah di kalangan wanita.

Kelima, Majlis tertinggi al-azhar bukanlah menghalang wanita untuk berniqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya majlis tidak bersetuju niqab di pakai di tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberi kesan negetif pada pemikiran kanak-kanak..lebih-lebih lagi pada pandangan yang mengata wajah wanita wajib ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha' islam.

Keputusan majlis yang kelima ini semestinya tidak ana persetujui. Lihat sahaja bagaimana kanak-kanak tidak ada masalah dengan pemakai niqab apabila mereka sudah terbiasa dengan ibu mereka sendiri yang berniqab. Bagi ana, jika kita nak menghalang orang dari berniqab hanya kerana kanak-kanak maka kita perlu kembalikan pada hukum itu sendiri. Ini bukan persoalan, minoriti ulama’ menghukumkan wajib berpurdah maka bermakna tidak perlu berhujah. Kedua-dua hujah ulama’ yang berselisih adalah berkaitan wajib dan sunat. Tidak ada ulama’ yang mengharamkan. Oleh itu, tidak timbul persoalan untuk mereka yang memakai kerana kedua-dua hujah sepakat kebaikan memakai purdah.

Jadi, ini semua berbalik kembali pada persoalan hukum berpurdah ini dalam Islam,” jelas Sumayyah panjang lebar.

“ Tapi, ada juga mereka menyebutkan bahawa pemakaian purdah adalah adat dan bukannya ibadat, malah ia merupakan isu khilafiyah dalam bidang fiqh,” Habibah menambah sambil menunjukkan kenyataan syeikhul azhar tersebut dalam artikel di tangannya.


“ Yup, ana tahu tu. Tapi, lihat kenyataan ini bertentangan. Pertama ia mengatakan bahawa ia adat dan bukan ibadat. Kedua ia mengatakan bahawa ia isu khilafiyyah dalam bidang fiqh. Kedua-dua ayat ini bertentangan. Lihat, jika purdah adalah adat, ini bermakna ia tak sepatutnya berada dalam isu khilafiyyah. Jika ia bukan ibadat, bagaimana ia termasuk isu khilafiyyah? Isu khilafiyyah adalah perkara-perkara yang ulama’ berbeza pendapat berkaitan hukum sahaja, bukannya soal adat pun dibincangkan. Ini bermakna ia ada kaitan dengan ibadah dan terbuktilah ia bukannya sekadar adat. Kerana ulama’ berselisih pendapat antara wajib dan sunat. Ini jelas membuktikan soal ibadah. Bukannya adat sahaja.” Sumayyah menjelaskan sambil menunjukkan pada kedua-dua kenyataan syaikh yang antagonis antara satu sama lain.

Habibah mengerutkan dahinya dan mengangguk.

“ Jelasnya, ana sendiri bersetuju dengan apa yang mereka bawa kerana mereka mengikut apa yang digariskan Islam sendiri dalam keputusan syeikh azhar untuk perkara satu hingga empat. Dan ia berkaitan isu khilafiyyah pun ana bersetuju kerana ia membuktikan pemakaian purdah ini berkaitan ibadah dan bukannya adat”

“ Tapi enti, lihat ni, beliau menegaskan bahawa tujuan ketetapan Majlis Tertinggi al-Azhar tersebut dibuat adalah adalah kerana untuk menjaga kehormatan para pelajar perempuan. Ini kerana berlaku pencerobohan beberapa orang lelaki ke dalam premis al-Azhar yang khusus untuk pelajar perempuan , ha, macam mana pendapat enti,”

“ Setuju, ana setuju. Untuk tujuan keselamatan, adalah tidak mengapa. Kerana kampus mereka ini hanya terdiri dari pelajar perempuan, jadi tidak mengapa membuka purdah, lagipun ini bagi mengelakkan pencerobohan. Lagipun, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut membuat kenyataan menyokong pandangan Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi tersebut, Tuan Guru Nik Aziz ada mengulas dengan berkata, “ Atas dasar keselamatan Negara, Tantawi mengambil keputusan tersebut sebagai langkah awal pencegahan jenayah dan keganasan, menangani taktik penjahat menggunakan purdah melindungi aktiviti haram mereka.Bagi ana tak da masalah kerana premis mereka semuanya perempuan. tapi, keadaan ini berbeza dengan Malaysia, jika keseluruhan kampus semuanya perempuan, barulah arahan ini sesuai diaplikasikan di Malaysia” Sumayyah menambah dengan menyokong bahagian ketetapan al-Azhar itu.

“Tapi,ada juga mereka menegaskan bahawa ketetapan ni dibuat demi untuk mengelak berlakunya penipuan di dalam peperiksaan. Beliau menegaskan bahawa pada tahun 2008 menyaksikan 12 kes penipuan semasa peperiksaan apabila para pelajar wanita yang berniqab yang terbabit telah meletakkan alat rakaman di sebalik niqab yang dipakai,” Habibah menambah lagi hujah syeikh al-Azhar.

“ Enti lihat, walaupun tiada pelajar yang berniqab dalam tahun-tahun sebelum kita semua berniqab iaitu sebelum tahun 2007, telah ada kes peniruan di dewan exam. Selain itu,dalam tahun-tahun lepas pun ada peniruan di dewan exam, bukan sedikit bahkan banyak sekali yang terdiri dari pelajar-pelajar pengajian Islam dan bukan pengajian Islam, pakai tudung labuh atau pakai tudung bawal. Tidak ada lagi yang melibatkan pelajar berniqab, tapi peniruan masih berlaku. Adakah salah niqab? Jika salah itu diletak pada niqab, maka kita juga boleh menyalahkan pelajar yang meniru di kolej kita atas tudung mereka. Jadi, adakah kita nak mengharamkan mereka bertudung kerana mereka meniru? Ana tidak nampak ini boleh dijadikan hujah.Akhlak dan adab untuk tidak meniru di dewan exam yang perlu diterapkan bukannya pakaian yang dipersalahkan. Namun, ana bersetuju dengan pendapat Syeikhul azhar bahawa dilarang untuk memakai niqab apabila pelajar yang mengambil peperiksaan dan pengawal peperiksaan semuanya terdiri daripada orang perempuan. Ana rasa ini tiada masalah. Inilah yang sepatutnya. Pengawal peperiksaan adalah perempuan dan semua pelajar perempuan diasingkan tempat peperiksaan dari pelajar lelaki, maka barulah larangan berniqab itu boleh dijalankan untuk langkah keselamatan jika perlu. Tapi, terus terang bagi ana, tidak perlu tunggu berniqab, menipu itu ada macam-macam cara, yang pakai tudung labuh dan pakai tudung bawal pun boleh menipu dan meniru. Pelajar sekarang ada banyak tempat sorok mereka, ustaz-ustaz pun dah kenal pasti tempat-tempat sorok nota yang biasa di kalangan pelajar perempuan dan pelajar lelaki,” Sumayyah menjelaskan sambil menggeleng kepala kecewa.

Sumayyah menjelaskan lagi kenyataannya “ Terdapat pelbagai respon dalam masyarakat Islam. Enti tahu tak Bibah, Hamdi Hassan? Enti kenal tak?”

“ Tak” Habibah menggeleng.

“ Untuk pengetahuan enti, Hamdi Hassan adalah merupakan ahli parlimen Mesir yang mewakili kumpulan Ikhwanul Muslimin telah menyatakan bantahan keras kumpulan fundamentalis tersebut terhadap arahan Tantawi. Hamdi Hassan berpendapat bahawa Tantawi perlu meninggalkan jawatan beliau kerana sudah beberapa kali menyinggung perasaan institusi agama terunggul tersebut, dengan merujuk kepada beberapa fatwa kontroversi sebelum ini seperti mengharuskan transaksi riba di dalam perbankan atas nama faedah (riba) yang dibenarkan. Hamdi Hassan walaupun berpegang kepada pendapat niqab itu bukanlah wajib, membantah arahan Tantawi tersebut kerana al-Azhar bagi beliau ialah institusi agama yang perlu meraikan pandangan semua mazhab muktabar. Pendapat Hamdi Hassan ini pun disokong oleh tokoh ulama’ terkemuka Mesir yang merupakan bekas Ketua Majlis Fatwa dan Kajian Universiti al-Azhar, iaitu Syeikh Ali Abu al-Hasan. Menurut beliau, pihak berkuasa tidak mempunyai hak untuk melarang mana-mana Muslimah daripada memakai niqab, melainkan untuk sebab-sebab sekuriti. Ujar beliau lagi, pemakaian niqab tidak bercanggah dengan syariat Islam serta undang-undang Mesir, justeru pengharamannya tidak diterima sama sekali,” jelas Sumayyah dengan teliti.

“Oh, kalau macam tu, perkara ni pun jadi isu besar jugalah ye,”

“Mestilah isu besar, ia masalah hukum, jika ditebuk oleh orang kafir atau orang Islam sendiri, pastilah bangkit orang berilmu di kalangan masyarakat Islam sendiri untuk mempertahankan hukum Islam. Ini bukan perkara main atau soal remeh. Ia melibatkan hukum wajib. Kalau sekadar sunat je dan tiada pendapat yang wajib, ana rasa isu ni tak jadi sebesar begini,” Sumayyah menambah.

Tut…tut…

“Assalamualaikum,” Sumayyah menjawab panggilan telefon.

“Waalaikumussalam, Su. Mak Ngah ni. Macam mana dengan cadangan Mak Ngah tempoh hari?”

“Oh, Mak Ngah…Mak Ngah sihat?”

“Alhamdulillah, sihat. Su Sihat?”

“Alhamdulillah Mak Ngah. Mak Ngah, Su minta maaf banyak-banyak….Su tak dapat nak terima pinangan anak Mak Cik Nah. Su nak sambung belajar lagi Mak Ngah…”


“Su, kamu ni dah sampai umur..terima je dulu, nanti baru fikir nak sambung belajar ke ape…Lagipun, kalau dah kahwin pun bole sambung belajar.”

“Mak Ngah, Su dah istikharah dah. Mungkin ada yang lebih baik untuknya.”

“Maafkan Su, Mak Ngah…”

Tak pe, tak pe…”

Habibah berdehem-dehem.

“Pinangan yang baru?”

Sumayyah tunduk. Agak bosan. Bukan calang-calang suami yang diimpikan, mestilah yang sayangkan Islam dan mengamalkan, bukannya yang Islam pada nama.

“Su masih menanti? Menanti sesuatu yang tak pasti?”

“Subhanallah, hanya Allah yang berhak menyusun segalanya,” Sumayyah memejamkan matanya, sambil menggeleng.

Itulah prinsip Sumayyah.

“Baik, kita sambung.”

“Janganlah enti risau, Bib. Ana ok je, tak, ana tak tunggu siapa-siapa. Untuk apa menunggu seseorang yang tidak mahu beramal dengan hukum Islam, tentu ada yang lebih baik. Allah itu adil. Surah an-Nur kan Allah dah berjanji wanita yang baik untuk lelaki yang baik.”

“Macam tu lah kawan ana, kuat, tidak mudah mengalah,” Habibah memeluk sahabat karibnya Sumayyah.

“Ada yang terlebih baik untuk enti. “Habibah menepuk-nepuk bahu sahabatnya mesra.

Sumayyah tersenyum sendiri. Matanya mengecil. Habibah membalas senyuman kerana amat mengenali wajah sahabatnya yang tersenyum ketika berpurdah. Sumayyah menelan makanan dengan beratnya. Sukar dia menerima hakikat aturan hidupnya yang pelik. Namun kerana Allah digagahi juga. Hanya jauhari mengenal manikam. Terbayang keindahan Yaman yang pernah diceritakan. Memang tiada yang sempurna tapi sekurang-kurangnya yang takutkan Allah, yang berusaha mencapai kesempurnaan kehidupan bertunjangkan Islam. Subhanallah, tentu Syurga terlalu indah. Dengan sebab itulah jalan ke sana penuh berliku, fikirnya dalam hati.

“Lagi satu, tentang isu pengharaman niqab di Universiti al-azhar ni perlu kita kaji bersama. Dari segi politik, pengharaman itu boleh dimanipulasikan oleh mana-mana pihak, Negara sekular, pertubuhan-pertubuhan yang memusuhi Islam serta pertubuhan musuh dalam selimut di kalangan umat Islam sendiri. Ia boleh dijadikan prima facie di dalam Negara Eropah untuk mengharamkan secara total pemakaian niqab oleh wanita Muslim. Tidak mustahil juga, suatu hari nanti pemakaian tudung, hijab dan scarf pun bakal diharamkan. Malah tidak mustahil juga, suatu hari nanti lelaki Muslim pun turut dilarang daripada memakai kopiah, songkok atau serban kerana ia juga boleh dikatakan tiada kaitan dengan nas agama. Bayangkanlah jika Syeikhul Azhar terpaksa membuka serban al-Azharnya sekiranya ingin melawat Negara Eropah, bukan ke pelik tu?" Sumayyah menambah.

Mereka berdua tersenyum sambil mengggeleng kepala membayangkan.

“Enti ada usroh ke petang ni?”

“Ada, kul 5.30 petang.”

“Nak ikut leh tak? Ana free petang ni,” Habibah memujuk sahabatnya untuk menyertainya.

“Tak da masalah, insya Allah, kul 5.30 di Surau CF Sister ya. Jangan lewat tau. Naqibah mesti punctual,” Sumayyah mengingatkan Habibah dan dirinya sendiri.

Mereka berpisah di lif KOM. Habibah meneruskan perjalanan menuju ke lif

“Oh ya, Su,” HAbibah memanggil Sumayyah dan berpatah balik beberapa langkah.

Sumayyah yang baru melangkah ke dalam lif, menahan tangannya pada button OPEN lif tersebut. “Ya.”

“Apa kata kalau enti masukkan kisah persahabatan kita dalam novel enti.”

“Bagus cadangan tu, memang dah masuk dah pun,” Sumayyah membalas sambil menarik purdahnya dan tersenyum. Memang begitulah keadaannya apabila sudah berada di blok mahallah siswi."

“Apa nama ana dalam novel enti?”

“Enti ana namakan Aisyah iaitu watak paling nakal dalam novel ana.”

“Heh, enti, tak nak la nakal…. Watak baik la…nama pun Aisyah. Eeii..bestnyer…nama ana Aisyah dalam novel enti, nama isteri nabi, Subhanallah, thanks,”

“Tak da apela, k, jumpa nanti insya Allah. Agak-agak rindu tu meh la ke bilik ana, macam tak biase lak..”

“k, confirm, jap gi ana terpacak depan bilik enti, k.”

Sumayyah tersenyum. “ Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam,” balas Habibah. Mata mereka bertenangan. Lif tutup.

Satu mesej masuk:

“Su, nak gi tak jumpa adik-adik kita di Kuala Terengganu? Ingat lagi tak? Rindu selalu..ingat lagi tak?”

Kampung Orang Asli KuALA tERENGGANU:- Takkan sirna memori itu, ia segar di ingatan..ku merangkul kemas tubuhmu, erat kasih kita kau di dakapan..Aduhai adik! Dirimu bak kain putih..namun masih tiada lakaran warna nan indah..aku di kejauhan kan terus menongkah badai.. Menyahut seruan Ilahi..di tanah gersang mengaut khazanah ilmu..moga nun di sana..masih ada sinar hidayah..di balik kelam kan termaktub noktah bidayah..untukku memelukmu sebagai adikku seagama..duhai adik..jagailah hatimu nan suci..kan kucurahkan kasih sayang dan hikmah dari Tuhan kita..ketahuilah adikku….kenalilah DIA, DIA, ALLAH lah Tuhan kita semua..

Older Post |