Ahlan Wasahlan Tinggalkan Jejak Twitter Status Syukran |
Menutup Aurat Itu Fitrah
bismillahirrahmanirrahim , assalamualaikum . kebiasaannya , topik berkaitan penutupan aurat dibincangkan dalam ruang lingkup hukum dan ketetapan Islam . penegasan yang dibuat menuntut masyarakat Islam untuk memenuhi garis panduan yang telah diterima pakai semenjak dahulu dan tidak seharusnya mempersoalkan ketentuan yang telah termaktub . soal dosa pahala , ganjaran syurga dan azab neraka menjadi asas pertimbangan utama untuk mendorong kepatuhan kepada kewajipan menutup aurat . sering kali juga ia menjadi kayu pengukur keimanan , pembeza antara hamba yang taat dengan insan yang derhaka . namun tidak kuramg juga yang menyangkal dan membangkang , membawa hujah bahawa keimanan letaknya dalam dada , bukan pada penampilan luaran yang boleh dinilai oleh mata . bagi yang berpegang teguh pada prinsip hak asasi manusia dan kebebasan membuat pilihan , ketetapan menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki Islam , khususnya dalam kalangan wanita ditakrifkan sebagai satu bentuk penindasan dan diskriminasi harus ditentang habis2an . kelompok yang mendabik dada , menjulang diri mereka kononnya sebagai 'pejuang hak asasi wanita' ini menyeru wanita Islam untuk membuang hijab dan mendedahkan aurat sebagai satu langkah berani , lambang pembebesan diri daripada cengkaman penindasan golongan lelaki selama ini ~! Selari Dengan Seiring Dengan Fitrah saya ingin mengupas topik penutupan aurat dari sudut pandang yang berbeza . saya ingin mengajukan ssatu persoalan sama ada penutupan aurat selari dan seiring dengan fitrah ataupun bertentangan dengan kehendak asas manusia yang sentiasa mahu penampilan cantik dan menarik . tentu sekali ramai yang membaca pengakuan wanita yang mengambil keputusan menutup aurat dengan mengenakan tudung atau hijab , betapa mereka rasa selamat , terpelihara dan merdeka apabila berhijab , satu suasana dan perasaan yang tidak hadir sbelum itu . seorang selebriti tempatan yang baru mengenakan hijab turut menyatakan perkara yang sama . beliau berasa lebih dihormati dan dilayan dengan sopan oleh mereka yang sebelum ini kurang menjaga batas pergaulan dengannya . testimonial sebegini sebagai satu kesimpulan iaitu dengan penutupan aurat sebagaimana yang dianjurkan Islam adalah satu keperluan fitrah yang wajar dipatuhi demi menyuburkan satu persekitaran interaksi yang harmoni , saling menghormati , selamat dan sihat . apabila sebelah pihak serius memelihara dan menjaga aurat serta tingkah lakunya , mahu tidak mahu , pihak yang sebelah lagi akan terdorong menunjukkan sikap yang lebih menghormati dan santun dalam interaksi mereka . satu lagi analogi yang boleh diguna pakai untuk menperjelaskan fenomena ini , ibarat bonggol di jalan dan lorong bertujuan mengurangkan kelajuan kenderaan . bonggol jalan ( speed bump ) mendapat jolokan 'polis yang tidur ' ( the sleeping policeman ) kerana kewujudannya menyebabkan semua kenderaan yang melaluinya terpaksa mengurangkan kelajuan untuk mengelakkan kerosakan ataupun ketidakselesaan pemanduan . akhirnya , tingkah laku dan sikap pemandu dapat diseragamkan dan menghasilkan suasana yang selamat kepada semua pengguna jalan tersebut . bolehlah dikaitkan di sini bahawa penutupan aurat bertindak sebagai 'pengatur' ( regulator ) , bertujuan menjadikan interaksi sesama manusia berjalan dengan baik dan sejahtera . dalam konteks yang sama , jika satu pihak sengaja mendedahkan aurat tanpa segan silu , kemungkinan besar sebelah pihak lagi yang berinteraksi dengannya juga hilang rasa segan dan malu , serta mungkin cenderung melakukan sesuatu yang kurang sopan kepada individu tersebut . |