Bingkisan Hati
Ahlan Wasahlan

Status:Aku hanyalah pengemis cinta Ilahi dan pendamba syahid abadi
♥ Jika kau pandang setiap takdir itu dengan pandangan akhirat, maka akan damailah hatimu menerima setiap takdir yang terlakar


Entries About Linkies


Tinggalkan Jejak

Silent Reader[s]


Twitter Status

Syukran

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   


BERPESAN2 KEPADA KEBENARAN

SURAH AL-A`RAF AYAT 164

7:164

" Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang keras?" Mereka menjawab "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan supaya mereka bertaqwa"


   Dalam berdakwah tidak dapat tidak kita akan bertemu dengan beberapa jenis golongan:
          1. Orang yang menerima teguran dan dapat pula menyebarkan teguran tersebut kepada orang lain. 
Golongan ini diibaratkan oleh nabi s.a.w sebagai tanah yang menakung air, menyuburkan tumbuhan di atasnya  dan dapat pula diambil airnya untuk mengairi tanaman di tempat lain dan menghilangkan dahaga orang-orang serta haiwan-haiwan yang kehausan.
          2. Orang yang menerima teguran tetapi tidak dapat menyampaikan teguran tersebut kepada orang lain. 
Mereka diibaratkan oleh nabi s.a.w sebagai tanah yang subur, menyburkan tanaman di atasnya tetapi tidak dapat menakung air dan berkongsi kesuburan dengan tempat lain ataupun menghilangkan kehausan makhluk2 Allah.
          3. Orang yang tidak menerima teguran. 
Mereka dibaratkan sebagai tanah yang tandus kontang, tiada kesan-kesan air yang kelihatan dan tiada tumbuhan boleh subur di atasnya. merekalah orang2 yang mati hatinya ber"Tuhan"kan dunia yang hina dina.
          4. Orang yang tidak menerima teguran dan menentang orang yang menyampaikan teguran tersebut. 
Merekalah SYAITAN dari kalangan manusia sepertimana yang telah ditegaskan Allah dalam surah al-an`aam ayat 112:
6:112 "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan manusia dan jin. Sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah untuk menipu (manusia).
     
     Apapun rintangannya, kalau kita mahu jadi CEO-CEO Allah di muka bumi ini, kita kenalah teruskan menyampaikan kebenaran. Andai rasa duka dan kecewa, ingatlah jawapan yang dikemukakan pendakwah2 terdahulu yang telah dirakam dalam al-Quran :sebagai melepaskan tanggungjawab kita di hadapan Allah, atau sampai datang hidayah Allah kepada mereka atau sampai kita bertemu Allah.

Older Post |